Monday 10 June 2013

Palmar Hyperhidrosis & Plantar Hyperhidrosis

Assalamualaikum .
hye :)

Dhia nak kongsi satu artikel fasal masalah telapak tangan dan telapak kaki berpeluh . Dhia sendiri alami . kekadang biarpun tak buat apa-apa kerja pun mesti telapak tangan Dhia berpeluh . Hrm ! tengah menulis pun tetiba kertas dekat buku basah . Hancuss kertas tu di buat nya *sad :(

so , Dhia buat research fasal masalah telapak tangan berpeluh .

Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.
Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.

Hiperhidrosis Primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.


Hiperhidrosis Sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:

- Trauma saraf tulang belakang
- Kematian saraf perifer
- Lesi atau tumor otak
- Monopause
- Penyakit infeksi
- Penyakit metabolik
- Penyakit jantung
- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).

Kesan Palmar Hyperhidrosis:

-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
-menyebabkan tekanan
-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:

-Rase segan nak salam dengan orang 
-Mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman
-Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin
-Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut


hrm , selebih nya korang boleh rujuk di SINI

No comments:

Post a Comment

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite